Bahagian pasaran Media Prima Berhad

Pada tahun 2007, Media Prima ialah kumpulan media terbesar di Malaysia dengan memiliki kesemua stesen televisyen swasta utama serta menguasai kira-kira 54% penonton televisyen Malaysia, sementara pesaing terdekatnya iaitu pengendali televisyen berbayar satelit, Astro pula menguasai lebih kurang 29% penonton. Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan pula meraih 17% pasaran.[41] Media Prima juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.

Selaku pemilik New Straits Times Press (NSTP), Media Prima turut menguasai akhbar berbahasa Inggeris iaitu New Straits Times serta akhbar berbahasa Malaysia iaitu Berita Harian dan Harian Metro. Media Prima mengaku akhbar-akhbar NSTP meraih 50% bahagian pasaran akhbar di Malaysia dengan lebih dua juta orang pembaca setiap hari.[perlu rujukan] Bahagian Media Prima dalam jumlah pengiklanan cetak di negara kira-kira 59% pada tahun 2007.[41]

Rujukan

WikiPedia: Media Prima Berhad http://www.apb-news.com/content/july05/lead-mediap... http://broadcastengineering.com/automation/digital... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.marketing-interactive.com/media-prima-b... http://www.mysinchew.com/node/22886 http://www.onscreenasia.com/article-3555-mpbsprime... http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com... http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima%... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesd...